Analisis #PRU13 : Undi dan Kerusi Mengikut Kaum

Pengundian Mengikut Kaum
Bagi Semenanjung Malaysia, analisis  kita menunjukkan  63.7% undi Melayu berpihak kepada Barisan Nasional, 10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India. Butiran untuk  negeri negeri dan wilayah adalah seperti  dalam Jadual beritkut:
Jadual:  Pengundian Mengikut Kaum
WilayahMelayu mengundi BNCina mengundi BNIndia mengundi BN
KL dan Selangor          62%        11.6%            24.4%
Pulau Pinang           62.4        12.6             21.5
N Sembilan & Melaka           81.8          7.2             31.0
Perak           63.0         13.1              68.5
Kedah           56.7            9.2              54.9
Johore           84.1          11.1              59.1
Terengganu           53.2                 -               -
Kelantan            46.7                   -                -
Semenanjung(purata)            63.3           10.8               43.2
Jadual di atas menunjukkan sokongan padu kaum Melayu  kepada BN di aras 63.3% dengan Johore mencatat sokongan yang paling tinggi dengan kadar 84.1% dan Kelantan paling rendah 46.7 %. Di Kelantan sekalipun ada sedikit peningkatan  undi berbanding PRU 12 dan  fenomena ini mampu  menambahkan kerusi DUN dan Parlimen di sana. Sebagai perbandingan, dalam ramalan kita telah mengagak sokong Melayu untuk BN  di semenanjung pada kadar 61%.
Undi dari kaum Cina,  malangnya untuk BN telah jatuh  diluar jangkaan sama sekali,  keparas 10.8%. Dalam ramalan model kita telah menjangka senario terburuk undi Cina pada paras 25% iaitu seperti dalam pilihan raya negeri Sarawak dan juga berasaskan angka yang boleh ditafsir dari survei pendapat umum pihak Merdeka Center.
Keadaan undi Cina yang lebih buruk daripada jangkaan mungkin disebabkan kesan kempen DAP disa’at sa’at akhir. Ini mencerminkan  betapa efficiennya jentera DAP  dalam merancang dan mempengaruhi kaum Cina dalam pilihan raya kali ini.  Kaum Cina begitu yakin yang  mereka mampu memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan yang  diterajui DAP. Dengan itu DAP telah berjaya memperoleh hampir keseluruhan undi kaum Cina dan  menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat, tetapi kali ini  hanya sebagai peneraju di sebelah pembangkang.
DAP  mampu merancang dan melaksanakan kempen   dengan begitu teliti sekali, Penyokong PAS hanya mampu bersembahyang hajat, tetapi Allah tidak meredhai bukan Islam menerajui negara Islam.
DAP telah menggunakan Isu  Rasuah, Kronisma dan Bersih untuk menambat hati orang Melayu, tetapi di sebalik tabir ialah satu perancangan teliti  dan perlaksanaan yang amat efficien untuk menumbangkan sebuah kerajaan Melayu/Islam. Ini dibuat dengan begitu teratur  termasuk yang paling strategik, iaitu kempen yang telah berjaya meningkatkan pengundi Cina dalam daftar penggundi. Tahukah anda yang pengundi Cina membentuk 30% dalam daftar pengundi walaupun mereka hanya di paras 24% dalam komposisi rakyat Malaysia (sila Klik).
Sebaliknya, undi dari kaum India telah meningkat  tetapi kurang sedikit dari jangkaan model. Jika dalam PRU 12, hanya 10% sahaja pengundi kaum India yang mengundi BN, kini ia telah meningkat keparas 43.2%.  Sebenarnya penentangan  ekstrim dari kaum India masih  wujud di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sahaja . Di negeri negeri lain  sokongan mereka  meningkat hingga ke paras 59.1% di Johore dan  68.5%  di  Perak. Nampaknaya kaum India semakin yakin yang masa depan mereka hanyalah bersama  Barisan Nasional. Setinggi tahniah kepada PM Najib kerana sungguh berjaya memulihkan sokongan dari kaum India.
Akhir sekali, dengan angka angka di atas,  saya ingin menjelaskan yang kekurangan kerusi Parlimen BN  sebenar berbanding Ramalan dalam blog ini disebabkan oleh ketiadaan sokongan dari kaum Cina.
Kekalahan di Selangor pula di sebabkan ketiadaan sokongan dari kaum Cina dan kurangnya sokongan dari kaum India.
Kekalahan BN di Kelantan pula disebabkan sokongan kaum  Melayu kepada parti PAS masih kukuh sungguhpun BN telah berjaya meningkatkan peratusan undi yang diperolehi. Tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz.
Komposi Ahli Parlimen  mengikut Parti dan Kaum
Untuk makluman di bawah saya paparkan jadual  komposisi Parlimen dalam jadual di bawah:
Jadual: Komposisi Parlimen mengikut Parti dan Kaum (PRU 13)
Melayu/BumiCinaIndiaJumlah
DAP           1     34      3      38
PKR          16       9      5       30
PAS          21       0       0       21
Jumlah  Pakatan  Rakyat          38      43       8       89
Barisan Nasional         122        7        4      133
Jadual di atas menunjukkan terdapat seramai  122 Ahli Parlimen Melayu/Bumiputera  dari Barisan Nasional dan  hanya 38 orang Melayu/Bumiputera dari Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat pula didominasi oleh kaum Cina dengan 43 Ahli Parlimen.
Angka diatas menunjukkan ada seramai 160 ahli parlimen Bumiputera (BN +PR) daripadanya hanya 138 orang sahaja beragama Islam iaitu kurang daripada 2/3 kesemua kerusi parlimen. Oleh itu  isu hukum hudud  yang memerlukan undi 2/3 di parlimen adalah mustahil dilaksana di Malaysia walau sekalipun semua ahli parlimen beragama Islam menyetujuinya. Jadi Parti Pas kena kaji semula arithmetic ini.
SUMBER : DAH IKHWAN

Post a Comment